Stephens, Keys sahkan tempat dalam final

By Staff Writer 8 September 2017 203
Stephens, Keys sahkan tempat dalam final
Pemain tenis wanita Amerika Syarikat, Sloane Stephens, mengesahkan tempatnya dalam final Terbuka Amerika Syarikat selepas menyingkirkan rakan senegara, Venus Williams, dalam aksi separuh akhir di Stadium Arthur Ashe, sebentar tadi.

Pemain ke-83 dunia itu, yang beraksi dalam separuh pertamanya dalam kejohanan besar sejak 2013, mudah menundukkan cabaran Venus dalam set pertama apabila menang mudah 6-1.

Bagaimanapun, Venus mempamerkan kebangkitan dalam aksi kedua, tidak memberikan sebarang ruang buat pemain berusia 24 tahun itu untuk melawan, sekaligus menyaksikan Stephens tewas 0-6.

Beraksi dalam set ketiga, Stephens segera menjarakkan kedudukan apabila mendahului 2-0 di awal permainan, namun Venus kembali ketika pertengahan perlawanan untuk berada di depan 4-3.

Selepas berjaya mengikatkan kedudukan 5-5, Stephens terus mengorak langkah sebelum memastikan kemenangan miliknya apabila menamatkan aksi dengan keputusan 7-5.

Stephens akan melakukan perhitungan dengan Madison Keys dalam final untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat, selepas Keys menumpaskan Coco Vandeweghe 6-1, 5-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

About Author

Staff Writer

Comment