Sharapova mara, Muguruza lupakan saingan

By Staff Writer 18 January 2018 205
Sharapova mara, Muguruza lupakan saingan
Pemain tenis wanita Russia, Maria Sharapova, gembira dengan prestasinya yang semakin meningkat apabila menewaskan wakil Latvia, Anastasija Sevastova, 6-1, 7-6 (7-4) dalam aksi pusingan kedua Terbuka Terbuka Australia, hari ini.

Pemenang lima kali Grand Slam itu tewas di tangan lawan sama dalam saingan Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, namun aksi di Rod laver Arena menyaksikannya tampil dengan permainan lebih meyakinkan untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

"Saya benar-benar menghadapi aksi yang sukar berdepan Sevastova. Walaupun memenangi aksi terakhir, saya berdepan aksi sengit dalam dua mata terakhir.

"Bagaimanapun, saya gembira dapat melepasi cabaran pemain yang sentiasa memberikan masalah kepada saya. 

"Saya layak untuk tersenyum atas kemenangan ini kerana dapat layak ke pusingan ketiga kejohanan," kata Sharapova.

Dalam masa sama, pemain dari Venezuela, Garbine Muguruza, menjadi nama besar yang seterusnya mengucapkan selamat tinggal bagi saingan kali ini apabila tunduk di tangan Hsieh Su-Wei 7-6 (7-1), 6-4, sekaligus terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan ketiga.

Kekalahan itu menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu mengikut jejak langkah Venus Williams dan Coco Vandeweghe yang terkandas dalam pusingan pertama serta Johanna Konta yang turut gagal melepasi pusingan kedua apabila tewas 4-6, 5-7 di tangan wakil Croatia, Bernarda Pera.

About Author

Staff Writer

Comment