Muguruza goyah hadapi Terbuka Australia

By Staff Writer 13 January 2018 44
Muguruza goyah hadapi Terbuka Australia
Pemain tenis wanita nombor tiga dunia, Garbine Muguruza, mengakui dirinya masih belum mencapai prestasi terbaik menjelang kejohanan Terbuka Australia selepas permulaan yang kurang baik pada tahun ini.

Muguruza terpaksa melupakan saingan Antarabangsa Brisbane kerana masalah kekejangan otot, sebelum menarik diri bagi acara di Sydney disebabkan kecederaan paha.

Pemain berusia 24 tahun itu yang pernah memenangi gelaran Grand Slam sebanyak dua kali, berharap agar dia dapat berada pada tahap terbaik apabila kejohanan utama pertama pada tahun 2018 itu bermula pada Isnin ini.

"Saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik," kata Muguruza apabila ditanya mengenai tahap kecergasannya.

"Sudah tentu anda mahu berada dalam keadaan sempurna sebelum Grand Slam tetapi semakin hari saya semakin baik," katanya

Muguruza hanya berjaya menamatkan satu perlawanan penuh pada tahun ini apabila menewaskan Kiki Bertens di Sydney, namun pemain dari Sepanyol itu turut mengakui dirinya jauh daripada persiapan yang lengkap sebelum turun menentang wakil Perancis, Jessika Ponchet, dalam pusingan pertama nanti.

"Benar, jika boleh saya mahu bermain lebih banyak perlawanan tetapi anda tidak tahu apa yang berlaku ketika awal tahun.

"Saya hanya beraksi dua kali tetapi berasakan segala-galanya sudah baik. Jadi, kadangkala anda sebenarnya tidak memerlukan perlawanan yang banyak."
 

About Author

Staff Writer

Comment