Sukan SEA: Wen Yan selesa dengan format 23 tembakan

Oleh Staff Writer 4 April 2017
Sukan SEA: Wen Yan selesa dengan format 23 tembakan
Atlet menembak negara, Choo Wen Yan, selesa dengan format baru 24 tembakan selain berharap mampu memegang rekod yang diraih sewaktu Kejohanan Menembak Trofi Tun Hanif tempoh hari sehingga Sukan SEA, Ogos depan.

Wen Yan mencatat rekod baru bagi acara 10 meter air pistol lelaki selepas membidik 237.4 mata untuk meraih pingat emas dalam kejohanan itu.

Bagaimanapun, rekod itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai memadam rekod lama yang dipegang oleh Eddy Chew tahun lalu, iaitu 201.30 mata kerana format yang berbeza.

Justeru, sebagai pemegang rekod baru untuk acara berkenaan, Wen Yan optimis mahu mengekalkan aksi cemerlangnya untuk terus meraih keputusan positif, khususnya dalam Kejohanan Persatuan Menembak Asia Tenggara (SEASA) pada Mei depan.

"Saya lebih selesa dengan format baru, ia membenarkan saya untuk menghasilkan tembakan yang konsisten," kata Wen Yan.

Atlet berusia 24 tahun itu menyifatkan perancangan jurulatihnya, Park Sang Soon, yang ingin mengatur latihan pusat di Korea Selatan selama sebulan adalah yang terbaik buat penembak negara menjelang Sukan SEA.

"Saya berpendapat berlatih di Korea Selatan memberikan peningkatan positif, sekaligus membenarkan saya untuk mendalami pengalaman untuk memburu pingat emas dalam Sukan SEA."

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment

Baca Selanjutnya

Status Cheng Hoe akan dibincang FAM, KFA

By 4 April 2017. 4.43 PM