Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, Khairy lega sambutan untuk penajaan Sukan SEA tidak terjejas apabila jumlah keseluruhan penajaan hampir cecah RM70 juta.

Sudah pasti ia perkembangan yang baik namun, masih ada baki sebanyak RM10 juta perlu diusahakan bagi tempoh empat bulan.

“Saya bangga dengan prestasi terkini kerana tajaan sudah hampir mencapai 90 peratus daripada sasaran sekali pun dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar,” kata Khairy.

Khairy ditemui ketika pengumuman penajaan Sukan SEA 2017 dengan Prudential Assurance Malaysia turut bertanggungjawab bagi urusan promosi Sukan SEA 2017, lindungan
insuran membabitkan sukarelawan dan sesi larian obor.

"Kerjasama ini sangat-sangat membantu dengan liputan-liputan insuran yang diberikan kepada sukarelawan yang akan bertugas pada temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN nanti."