Sambo: Meeraj tetap mahu julang nama Malaysia

Oleh Staff Writer 11 September 2019 99
Sambo: Meeraj tetap mahu julang nama Malaysia
Atlet sambo negara, Meeraj Khan, tetap mahu mewakili negara dalam Sukan SEA Filipina, November depan walaupun terbabit dalam kemalangan, Isnin lalu.

Semangat kental tetap dipegang Meeraj biarpun ketika ini, dia sedang dalam proses pulih daripada kecederaan dan dalam masa sama, dia berdepan kemungkinan dihukum gantung oleh Persatuan Sambo Malaysia (MSA) akibat kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

"Ketika itu, saya sedang dalam perjalanan ke pejabat MSA bagi menghadiri satu mesyuarat kerana MOM memberitahu tindakan disiplin akan diambil ke atas saya dan memberikan saya surat. Namun, saya mengalami sedikit kemalangan dan terpaksa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya," katanya.

"Dalam tempoh dua minggu, saya akan pulih dan kembali ke tahap 100 peratus. Doktor pakar memberitahu bahawa saya mengalami kecederaan pada bahagian tisu paha tetapi tiada apa yang serius."

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang serta 7.30 dan 11.00 malam ini.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment