Atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I Jie, bertekad untuk terus fokus dan kini giat menjalani latihan menjelang Sukan SEA Filipina yang berbaki kurang tiga bulan lagi.

Beberapa kategori dipertandingkan dalam sukan lawan pedang dan dia berhasrat untuk memastikan sasaran pingat emas yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dalam acara epee mampu dicapai.

Selepas terlepas membawa pulang pingat dari Singapura pada 2015 dan meraih gangsa di laman sendiri, dua tahun lalu, Joshua bertekad untuk mengulangi kejayaan emas sewaktu edisi Indonesia 2011.

Justeru, dia akan ke Itali selama enam minggu untuk mendapatkan khidmat jurulatih dan rakan sepelatih di sana.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang serta 7.30 dan 11.00 malam ini.