Bola sepak: Kim Swee nilai mutu lima pemain skuad B-19 Ahad ini

Oleh Staff Writer 8 November 2019 852
Bola sepak: Kim Swee nilai mutu lima pemain skuad B-19 Ahad ini
Ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, hanya akan mula menilai lima pemain skuad B-19 negara yang dipanggil untuk kem latihan menjelang Sukan SEA Filipina hujung bulan ini, dalam perlawanan menentang Thailand bagi saingan kelayakan Kejohanan AFC B-19, Ahad ini.
 
Senarai 28 pemain untuk kem latihan tersebut menyaksikan Kim Swee menyenaraikan lima pemain yang mempunyai tugasan bersama skuad B-18 kebangsaan kendalian Brad Maloney itu.

Mereka mempamerkan aksi membanggakan selepas tiga aksi kelayakan Kejohanan AFC B-19 setakat ini, namun Kim Swee hanya akan mula menilai mereka ketika aksi menentang Thailand, Ahad ini.

"Perlawanan terakhir amat penting, sama ada menyaksikan Malaysia layak secara automatik atau sekadar di tangga kedua Kumpulan G. Ini pasti menghadirkan corak permainan yang berbeza dan saya akan menilai mutu permainan mereka ketika berdepan Thailand," katanya.

Kim Swee optimis kombinasi itu mampu membuahkan hasil terbaik bagi saingan Sukan SEA yang akan bermula 30 November ini.

"Saya berharap tiada kecederaan berlaku dan jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan, kami memiliki barisan pemain daripada skuad B-19 untuk diserap ke dalam pasukan ini," tambahnya.

Skuad akhir seramai 20 pemain akan berlepas ke Manila pada 23 November ini bagi menghadapi saingan Kumpulan A yang dibarisi tuan rumah Filipina, di samping Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment