Angkat berat: Kecederaan buat Azroy kempunan 

Oleh Staff Writer 10 Oktober 2019
Angkat berat: Kecederaan buat Azroy kempunan 
Jaguh angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, terpaksa menarik diri daripada Sukan SEA bulan depan selepas doktor mengesahkan atlet kategori 56kg itu mengalami kecederaan lutut dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua bulan.

Bahagian tendonnya terkoyak dan keputusan itu pasti sesuatu yang mengecewakan memandangkan juara Sukan Komanwel 2018 itu sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi temasya edisi ke-30 di Filipina itu. 

Ini kali kedua dia terpaksa menarik diri daripada kejohanan antarabangsa setelah terlepas menyertai Kejohanan Dunia di Thailand bulan lalu. 

Azroy, bagaimanapun, berusaha untuk pulih bagi menghadapi Kejohanan Asia di Kazakhstan, April tahun depan, yang turut menawarkan tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Begitupun, Malaysia masih mempunyai prospek medal dalam Sukan SEA 2019 apabila bakal mempertaruhkan Muhamad Aznil Bidin menerusi kategori 55kg. 

Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment