Yaqi: Skuad wushu negara perlu tingkat mutu persembahan

Oleh Staff Writer 21 September 2019
Yaqi: Skuad wushu negara perlu tingkat mutu persembahan
Bekas juara wushu dunia, Mao Yaqi, menyedari masih terdapat beberapa aspek yang harus diperbaiki skuad wushu negara menjelang Kejohanan Dunia di Shanghai, China bulan depan.

Tunjuk ajar jurulatih teknikal wushu dari China, Yaqi, jelas diterima baik kem kebangsaan walaupun baru dua minggu bersama mereka.

Terdapat beberapa aspek yang harus diperbaiki jika skuad wushu negara ingin mencapai sasaran dalam saingan di Shanghai bermula 20 hingga 23 Oktober ini.

"Saya mengharapkan lebih penambahbaikan daripada aspek teknikal ketika latihan dan beraksi baik dalam setiap kejohanan," katanya.

Ketua jurulatih negara, Lim Yew Fai, yakin ajaran terperinci Yaqi mampu menambah baik prestasi keseluruhan atlet negara,

"Saya percayakan atlet saya dan saya percayakan keseluruhan pasukan ini, termasuk pihak persatuan, MSN (Majlis Sukan Negara) dan barisan kejurulatihan kami.

"Kami hanya menuruti porgram yang ditetapkan dan perkara terpenting ialah prestasi atlet," katanya.

Untuk rekod, skuad wushu negara membawa pulang dua pingat emas dalam edisi dua tahun lalu di Kazan, Russia.

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment