Vasiljevs kecewa dengan kesukaran dihadapi Syakilla

Oleh Staff Writer 16 Oktober 2018 605
Vasiljevs kecewa dengan kesukaran dihadapi Syakilla
Jurulatih karate-do negara, Andris Vasiljevs, kecewa apabila Syakilla Salni Jefry Krishnan, terpaksa menguruskan sendiri semua keperluan dalam Kejohanan K1 di Tokyo, Jepun sebelum tersingkir dalam pusingan kedua kumite bawah 55kg.

Syakilla terpaksa menguruskan semua perkara sendirian di Tokyo apabila jurulatih atau pengurus tidak mendapat kelulusan mengiringinya.

Ia antara punca atlet berusia 26 tahun itu tersingkir dalam pusingan kedua selepas tewas kepada atlet Perancis.

Apa yang lebih mengecewakan, kekalahan itu hadir sebulan selepas dia tersingkir dalam pusingan pertama Sukan Asia, bulan lalu.

"Atlet dihantar ke kejohanan tersebut tanpa sebarang pengawasan pegawai untuk menguruskan persiapan mereka. Secara tidak langsung ia telah menjejaskan persiapan di sana," katanya.

Skuad negara mempunyai tempoh kurang tiga minggu untuk membuat persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Madrid, Sepanyol, bermula 6 November depan.

Skuad lelaki akan diketuai R. Sharmendran dalam kumite B-75kg ketika S. Senthil Kumaran dan Prem Kumar dijangka menarik diri ekoran kecederaan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment