Terjun GP FINA: Tze Liang-Yiwei hadiahkan emas

Oleh Staff Writer 16 November 2019 923
 Terjun GP FINA: Tze Liang-Yiwei hadiahkan emas
Penerjun negara, Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei, menebus kehampaan Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya dengan meraih pingat emas acara 3m papan anjal seirama lelaki dalam Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) FINA Kuala Lumpur di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. 

Tze Liang-Yiwei mencatat sejumlah 410.61 mata, sekali gus jauh meninggalkan gandingan China, Tai Xaiohu-Zhang Chao, yang mengumpul 387.75 mata.

Tempat ketiga menjadi milik penerjun Perancis, Alexis Jandard dan Gwendal Bisch, apabila mengutip 374.94 mata selepas enam terjunan. 

Dalam perkembangan sama, peserta China sekali lagi mengecewakan penerjun negara yang menyaksikan Wendy Ng akur mengutip gangsa dalam acara 3m papan anjal individu wanita. 

Penerjun berusia 26 tahun itu, yang sudah mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, terganggu dengan masalah bahu dan belakang sehingga menjejaskan aksinya dalam terjunan keempat untuk berpuas hati menamatkan saingan di belakang Huang Xiaohui dan Lin Shan. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment