Terjun GP FINA: China sekat emas Malaysia 

Oleh Staff Writer 16 November 2019 105
Terjun GP FINA: China sekat emas Malaysia 
Harapan untuk Malaysia menjuarai acara 10 meter platform seirama dalam Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) FINA Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila gandingan negara tamat di kedudukan kedua.

Dalam saingan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil itu hari ini, Malaysia yang mempertaruhkan dua penerjun muda, Jellson Jabillin dan Hanis Nazirul Jaya Surya, ternyata sukar menandingi Duan Yu dan Wang Zewei dengan perbezaan 39.27 mata.

Wakil China itu cemerlang mengesahkan kejuaraan dengan mengumpul 404.37 mata.

Selepas enam terjunan, Jellson dan Hanis Nazirul yang masih segar dengan kejuaraan dalam GP FINA Gold Coast, Australia, minggu lalu terpaksa akur kepada gandingan yang sama setelah mengumpul 365.10 mata.

Ternyata, hanya sedikit kesilapan ketika terjunan awal menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Melengkapkan posisi ketiga ialah pasangan dari Jepun, Reo Nishida dan Shunta Kaneko yang mengumpul 344.40 mata.

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment