Juara lima kali Terbuka British, Datuk Nicol David, dikejutkan pemain tuan rumah, Sarah Jane Perry, sekaligus gagal ke final buat tahun ketiga berturut-turut.

Pemain tinggi lampai, Sarah, memulakan set pertama dengan pukulan rendah agresif yang mematikan langkah Nicol untuk meraih kemenangan 11-8.

Biarpun Nicol kembali menyamakan kedudukan dengan merampas set kedua 11-7, Sarah seakan-akan sudah dapat membaca pergerakan Nicol untuk mengungguli set ketiga dan keempat 13-11, 11-7.

Setelah 26 tahun, akhirnya Britain mempunyai dua wakil wanita dalam final di mana Sarah bakal berdepan rakan senegara, Laura Massaro.

Massaro, yang merupakan pemain pilihan kelima kejohanan, mara ke final selepas mencipta kejutan mengetepikan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini, 5-11, 7-11, 11-5, 11-3, 11-6.