T2 Diamond tawar mata ke Sukan Olimpik Tokyo

Oleh Staff Writer 17 Julai 2019 683
T2 Diamond tawar mata ke Sukan Olimpik Tokyo
Barisan pemain ping pong terbaik dunia bukan sahaja mengidamkan hadiah wang kemenangan USD1.5 juta (RM6.1 juta) dalam Kejohanan Antarabangsa T2 Diamond bermula esok, malah turut bersedia untuk mengutip mata bonus yang menawarkan peluang untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mata bonus itu bermula daripada 400 mata hingga 1,000 mata bagi meningkatkan kedudukan ranking dunia setiap pemain.

Selain itu, format pertandingan trurt diubah -- 16 pemain dalam setiap kategori lelaki dan wanita, dengan  permainan berlangsung dalam tujuh set -- untuk menjadikan ia lebih berdaya saing.

"Ia adalah tambahan mata ranking dunia yang akan dimenangi mereka di sini.

"Ia melebihi apa yang telah diperoleh mereka.

"Ia jelas akan memberikan sesuatu yang amat berbeza kerana mata itu bermula daripada 400 hingga 1,000 mata.

"Jadi, buat atlet yang memburu tempat ke Sukan Olimpik, kejohanan ini amat penting buat mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif T2 Diamond, Jeff Chue.

Pusingan pertama  akan bermula di Johor Bahru sebelum pusingan kedua bersambung di China, September depan.

Pusingan akhir pula akan berlangsung di Singapura, November depan. 

"Mata ranking itu amat penting kerana hanya tinggal setahun sebelum Sukan Olimpik.

"Jadi, kami akan cuba bersaing untuk mendapatkan sebanyak mata yang mungkin," kata pemain Sweden, Falck Mattias.

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment