Isu berat badan melibatkan jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, memasuki dimensi baru apabila wujud cadangan untuk dia menjalani latihan bersama seorang jurulatih tempatan.

Syakilla mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, hari ini dalam usaha untuk memohon kelulusan berlatih di Latvia bersama bekas jurulatih, Andris Vasiljevs.

Rundingan mengenai perkara itu telah berlangsung sejak Mac lalu dan Syakilla yang ditemani Vasiljevs memerlukan jawapan sama ada permohonan dia ditolak atau diterima memandangkan wujud beberapa cadangan buat Syakilla.

Antara cadangan tersebut adalah dia akan menjalani latihan dengan seorang jurulatih dari Selangor dan ia pastinya menjadikan perkembangan mengenai Syakilla dalam menangani isu berat badan memasuki fasa baru.

Bagi kem kebangsaan, mereka sudah meneruskan latihan di bawah pengawasan pengendali negara, Ali Reza Souleymani, selepas menamatkan kejohanan K1 di Istanbul, Turki.

Saksikan Nadi Arena pada jam 5:30 petang dan 7:30 malam ini untuk perkembangan lanjut.