Jordan Spieth percaya dia hampir mendapat persembahan terbaik selepas menamatkan Kejohanan Golf PGA Amerika Syarikat di tempat ketiga.

Juara gelaran utama tiga kali itu menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama sejak Kejohanan Terbuka, dengan menamatkan saingan enam pukulan di belakang pemenang, Brooks Koepka.

Spieth jatuh ke tangga ke-30 dalam ranking dunia tetapi dia berasakan hampir mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

"Saya meletakkan kepercayaan terhadap pasukan saya. Saya juga mempercayai kebolehan, mentaliti dan etika kerja saya," kata Spieth.

"Saya telah berusaha keras untuk mendapatkan semula sentuhan terbaik dan hasilnya menerusi persembahan semalam. Saya melakukan pukulan-pukulan yang berkualiti untuk menamatkan saingan di tempat ketiga," ujarnya.

Spieth melakukan satu pukulan di atas par 71 dalam pusingan akhir di Bethpage Black dan dia menyedari perlu menghadapi kesukaran melakukan pukulan yang lebih baik.

"Saya menyedari kesukaran bakal dihadapi beraksi di sini.

"Namun, jika saya bermain dengan lebih baik, mentaliti yang betul, melakukan pukulan dengan lebih baik, saya berpeluang untuk bergelar juara."