Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin, akan berlepas ke Eropah untuk menjalani latihan, dua hari selepas dia mengadakan mesyuarat tertutup dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Irfan akan ke Eropah walaupun pertemuannya dengan MSN dan KOM semalam belum mendapat kata putus.

Atlet berusia 24 tahun itu dilihat menjalani latihan di Bukit Jalil, pagi ini sambil memaklumkan akan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Eropah esok untuk mendedahkan perkara sebenar selain dana yang diterimanya untuk berlatih di luar negara.

Dia dipercayai mendapat tajaan individu yang memiliki pengaruh besar.