Juara bertahan, Tenom, sekadar menang tipis ke atas Tawau dalam aksi Kumpulan B acara bola sepak Sukan Sabah (SAGA) di Kompleks Sukan Tambunan, hari ini.

Ia adalah aksi pembukaan Tenom dalam acara berkenaan manakala Tawau sebelumnya dibelasah 0-8 oleh Tambunan 0-8.

Dalam saingan Kumpulan A pula, Kota Marudu berdepan kekalahan kedua selepas tewas 0-1 kepada Kota Kinabalu.

Sementara itu, bagi acara hoki lelaki, Kota Belud menang 3-2 ke atas Tenom dalam Kumpulan A, Sandakan dan Papar terikat 3-3 dalam Kumpulan B manakala tuan rumah, Keningau, menang mudah 3-0 ke atas Lahad Datu.