Perenang negara, Keith Lim, berdepan tugas sukar untuk memburu pingat emas hatrik 100 meter gaya bebas dalam Kejohanan Renang Terbuka Malaysia bermula esok apabila acara itu turut disertai jaguh utama, Welson Sim.

Keith mendominasi 100m gaya bebas sejak 2017 kerana Welson lebih fokus terhadap saingan jarak jauh.

Namun, tugas kali lebih lebih mencabar kerana Welson baru tiba dari Australia dengan misi menyertai enam acara, termasuk 100m gaya bebas.

Welson masih segar dengan kejayaan memecahkan rekod kebangsaan 49.98 saat ketika menyertai kejohanan di Australia, dua minggu lalu.

"Ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna buat saya dan ia membuktikan peningkatan dapat ditampilkan," kata Keith.

Apa yang menarik, Keith pernah menewaskan Welson dalam Kejohanan Mare Nostrum di Monaco 2017.

Namun sejak itu, perenang berusia 22 tahun itu sering tewas kepada Welson.

"Saya hanya menewaskannya sekali tetapi saya dan Welson tidak melakukan catatan terbaik pada ketika itu," katanya lagi.