Puhat Nayan terajui PERSEDAR

Oleh Azizan Hashim 25 Mei 2019 801
Puhat Nayan terajui PERSEDAR
Bekas Setiausaha Kerajaaan Negeri (SUK) Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, kekal sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak (PERSEDAR) dalam mesyuarat agung tahunan pertamanya semalam.

Puhat menang tanpa bertanding sebagai pengerusi penaja sejak penubuhan PERSEDAR diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan pada 4 April lalu.

Turut dikekalkan ialah timbalan presiden, Datuk Seri Md Zain Zakaria, dan Mohd Jaffrey Mohd Zainol sebagai setiausaha serta bendahari, Syamsul Istar Ibrahim Istar.

PERSEDAR dianggotai oleh tujuh ahli gabungan seluruh negeri Perak, iaitu Manjung, Kinta, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut Matang, Selama dan Kuala Kangsar.

Dalam mesyuarat agung kali ini, ahli-ahli gabungan mengekalkan barisan asal ahli jawatankuasa penaja.

Selain itu, perwakilan turut memilih dua naib presiden yang baru, iaitu Sirajudin Ghani dan Azlan Abd Rahim, manakala Mohamad Noor Hassan dilantik sebagai penolong setiausaha dan Sabri Mamat selaku penolong bendahari dan lima ahli jawatankuasa.

PERSEDAR ditubuhkan bagi menggantikan Persatuan Sepak Takraw Negeri Perak (PSNP) yang dibatalkan kerana masalah teknikal.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Comment