Pengurus Team Sapura Cycling (TSC), Mohd Sayuti Zahit, kecewa apabila belum menerima hadiah kemenangan Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Tour of Iskandar Johor 2019 yang tamat lebih sebulan lalu, begitu juga dengan sikap berdiam diri penganjur Jelajah Malaysia 2017.

TSC muncul pasukan paling berjaya dalam edisi sulung Tour de Iskandar yang menyaksikan Mario Vogt meraih jersi jersi kuning sebagai juara keseluruhan selain merangkul dua anugerah lain.

Namun, selepas lebih sebulan, tiada perkhabaran daripada penganjur mengenai wang hadiah kemenangan itu.

"Ini melibatkan imej negara kerana memberi imej buruk kepada pasukan luar seperti Australia atau pasukan serantau seperti Filipina dan Thailand," kata Sayuti.

Sapura turut muncul pasukan terbaik dan pelumba muda terbaik menerusi Mohd Saiful Adlan Shukri.

"Saya tidak pernah mencapai kemenangan sebelum ini. Saya mengharapkan ia dapat disegerakan," kata Saiful.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, menganggap perkara itu akan dapat diselesaikan.

"Penganjur Tour de Iskandar membuat permohonan kepada PKBM dan kami akan memperuntukkan sedikit wang kemenangan kepada mereka.

"Jumlahnya membabitkan RM60,000 sahaja," kata Abu Samah.