Piala Dunia Ragbi: Russia bukan tandingan Scotland

Oleh Staff Writer 9 Oktober 2019
Piala Dunia Ragbi: Russia bukan tandingan Scotland
SCOTLAND 61 RUSSIA 0

Scotland merakamkan kemenangan 61-0 ke atas Russia dalam saingan Piala Dunia Ragbi untuk meraih slot aksi penentuan dengan tuan rumah, Jepun.


Skuad kendalian Gregor Townsend itu menyedari kepentingan perlawanan di Fukuroi itu bagi memastikan peluang mereka untuk ke suku akhir masih terbuka.

Dan mereka berjaya menyelesaikan bahagian pertama apabila meraih kemenangan bergaya ke atas Russia 61-0.

Try yang disempurnakan George Horne, Adam Hastings George Turner, Tommy Seymour, John Barclay dan Stuart McInally menyaksikan Scotland tidak dibolosi dalam dua perlawanan berturut-turut.

Kini di tangga ketiga Kumpulan A, Scotland akan kembali turun beraksi Ahad ini berdepan Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mendapatkan slot ke suku akhir.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment