Maniam: Malaysia perlu penerus legasi Nicol

Oleh Staff Writer 24 Mei 2019 97
Maniam: Malaysia perlu penerus legasi Nicol
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akur zaman satu pemain mendukung nama negara di pentas antarabangsa seperti Datuk Nicol David sudah berakhir ketika kemampuan S. Sivasangari sebagai penggantinya akan terus diuji.

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, bersikap realistik apabila membicarakan soal penerus legasi Nicol.

Dia berasakan Sivasangari dan seorang lagi pemain senior, Low Wee Wern, akan mendukung cabaran di pentas elit sambil menanti bakat muda seperti Aifa Azman untuk memenuhi potensinya.

"Sivasangari dan Wee Wern akan menjadi penanda aras buat beberapa pemain skuad wanita negara. Mereka akan berusaha untuk mencapai tahap yang sama atau meningkatkan lagi mutu skuasy negara di pentas antarabangsa," kata Maniam.

Sementara itu, Maniam mengesahkan pintu untuk bekas perseorangan lelaki, Nafiizwan Adnan, untuk kembali ke pangkuan badan induk itu sebagai sentiasa terbuka.

Nafiizwan menolak tawaran SRAM untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan yang diketuai Ajaz Azmat.

"Dia memberitahu jika tawaran itu masih lagi terbuka untuk beberapa tahun akan datang, Nafiizwan mungkin berminat untuk bersama skuad negara dan kami sentiasa menanti kehadirannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Comment