Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi meminta Institut Sukan Negara (ISN) menggerakkan pusat satelit seluruh negara untuk membantu atlet muda yang cetek pengetahuan mengenai pengambilan bahan terlarang.

Dua kes positif doping SUKIPT 2016 membuktikan atlet peringkat akar umbi terdedah dengan pengambilan bahan terlarang walaupun pingat temasya itu tidak menjanjikan ganjaran mewah.

Kok Chi berpendapat kemungkinan besar atlet terbabit mengambil pil makanan tambahan atau ubat yang dibeli sendiri di farmasi kerana mereka tidak mempunyai akses ke ISN.

Jadi, untuk mengurangkan kes pada masa depan, pusat satelit ISN di seluruh negara patut digerakkan untuk membantu atlet akar umbi seperti Sukma, SUKIPT atau Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

“Sebaik-baiknya mereka perlu membahagikan tugas untuk memberikan kesedaran mengenai penggunaan bahan terlarang kepada atlet serta jurulatih di seluruh Malaysia,

Kedua-dua atlet terbabit, masing-masing daripada pencak silat pesilat dan olahraga, dikesan positif sibutramine - bahan yang biasa terdapat dalam pil menguruskan badan.

Ia kes pertama sejak edisi pertama SUKIPT pada 2012.

Tahun ini menyaksikan sudah 14 kes doping membabitkan atlet pelbagai jenis sukan dengan empat daripadanya merupakan sukan bina badan.

Apa yang mengejutkan apabila terdapat atlet daripada sukan memanah serta pencak silat turut positif ujian doping.