Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, menepati ramalan selepas menyumbang pingat emas kedua buat Malaysia menerusi acara nandao wanita dalam Kejohanan Dunia di Shanghai hari ini.

Dia muncul juara dalam kategori itu selepas mengumpul 9.610 mata, mengatasi atlet Iran, Hanieh Rajabi, yang mengumpul 9.490 mata, sekali gus meraih kejayaan kedua selepas menjuarai acara sama dalam Kejohanan Masterchips Dunia Chungju, Korea Selatan, bulan lalu.

Selain atlet berusia 21 tahun itu, Chuah Shang muncul sebagai atlet pertama negara mengungguli emas dalam acara xingyiquan di Shanghai, Ahad lalu.

Dia mengutip 9.400 mata untuk menewaskan wakil Macau, Cheong Pui Seng, yang hanya memperoleh 9.343 mata di tempat kedua.