Pengurus Pelan Pembangunan Ragbi Negara (NRDP), Khairizal Ali Amat, memerlukan masa untuk melaksanakan proses naturalisasi daripada peringkat akar umbi dalam memastikan sukan itu terus berkembang.

Khairizal menjelaskan NRDP sentiasa terbuka untuk menyerap pemain naturalisasi dalam program pembangunan tetapi mereka perlu melalui beberapa proses yang agak sukar.

Sebelum ini, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menyatakan taruhan pemain naturalisasi oleh pasukan Filipina menjadi faktor kekalahan buat skuad negara dalam Sukan SEA Filipina 2019 lalu.

Dalam masa sama, skuad remaja 7s negara berjaya mengharumkan nama negara di China selepas meraih gelaran juara Kejohanan Ragbi Asia B-18.

"Untuk peringkat pembangunan agak sukar (untuk dilaksanakan) kerana kebanyakan pemain naturalisasi ini bersekolah di luar negara.

"Peluang kami (untuk mendapatkan khidmat mereka) adalah ketika mereka pulang bercuti," katanya hari ini.

Dalam pada itu, NRDP bakal mengadakan karnival ragbi Malaysia buat kali keempat bermula Sabtu ini dalam misi meneruskan pencarian bakat muda.

"Tahun ini, kami memperkenalkan kejohanan B-17 wanita selain kejohanan B-10, 12, dan 13 lelaki."




Editor: Shaiful Shamsudin