Bekas ketua jurulatih negara, Hanafiah Nasir, bimbang dengan masa depan kem olahraga kebangsaan apabila seorang atlet remaja dikesan positif steroid ketika musim 2020 akan mula sibuk bulan depan.

Hanafiah menyuarakan kebimbangan bagaimana atlet muda boleh terjebak dengan bahan terlarang.

Lebih merisaukan, bahan jenis steroid tidak mudah dibeli, sekali gus mengundang kebimbangan mengenai atlet yang bakal menggalas tugas negara, termasuk menyertai lapan kejohanan tempatan bulan depan.

Justeru, dia meminta Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bekerjasama dengan Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) untuk menjalankan ujian lebih kerap bulan depan.

"Atlet yang muda, baru berusia 17 tahun dan saya tidak jangka perkara ini berlaku di peringkat remaja. Saya rasa KOM perlu mainkan peranan lebih besar bagi memastikan situasi ini tidak berlaku. Ia akan burukkan imej sukan olahraga negara," katanya.

KOM akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan minggu depan untuk membuat keputusan mengenai hukuman terhadap atlet terbabit.



Editor: Nafis Abdullah