Bekas pemain nombor satu lelaki negara dan jurulatih skuad kebangsaan, Ong Beng Hee, memberikan pandangan mengapa Malaysia boleh mempertaruhkan harapan ke atas S. Sivasangari.

Meskipun sedar tuntutan tinggi untuk mana-mana pemain yang mencuba untuk mengikut jejak langkah Datuk Nicol David, Sivasangari disifatkan memiliki kualiti untuk satu hari menjadi penyambung legasi ikon Malaysia itu.

"Sudah tentu, usianya baru sahaja 17 tahun dan kami perlu untuk melakukan perancangan untuk memastikan dia bebas daripada sebarang kecederaan dan memberikan kebebasan penuh untuknya meningkat naik sebagai pemain terbaik.

"Tugas saya adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepadanya dan kami berharap bahawa dia akan mengambil alih tempat Datuk Nicol David serta Delia Arnold apabila mereka bersara," katanya.