107 peserta sertai TJO 2019

Oleh Azizan Hashim 21 November 2019 106
107 peserta sertai TJO 2019
Seramai 107 peserta mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Tenis Jemputan Remaja Taiping Terbuka (TJO) 2019 di Arena Tenis Perak, Ipoh, Sabtu dan Ahad ini.

Peserta yang menyertai kejohanan itu datang dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Kelab Tenis Taiping dengan kerjasama Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTP) dan merupakan pertandingan terakhir dalam kalendar PLTP untuk tahun 2019.

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah mini tenis lelaki dan perempuan, kategori B-10, B-12, B-14 dan B-16.

Naib Presiden PLTP, Fazwil Wahid, yang berbangga dengan kesungguhan Kelab Tenis Taiping menganjurkan kejohanan itu buat kali keempat, berharap agar kelab-kelab bersekutu yang lain dapat bergiat aktif demi pembangunan sukan tenis negeri Perak.

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Comment