Meskipun saingan triatlon individu wanita berjalan lancar, tetap ada kegusaran yang dikongsi dua wakil lelaki negara, Aldrian Yeo dan Ryan Tan, menjelang aksi mereka dalam memburu klasifikasi terbaik Asia Tenggara, esok.

Dengan saingan lelaki yang akan bermula pagi esok, atlet negara telah meneliti laluan yang bakal ditempuh di Jakabaring Sport City (JSC), Palembang

"Saya dengar mereka menggunakan bahan kimia untuk menjadikan air menjadi kurang berasid.

"Secara keseluruhan, laluannya agak singkat. Peringkat berenang dan berbasikal berjalan dengan pantas, namun permukaan jalan agak berliku, mungkin disebabkan hujan malam tadi, saya harap mereka dapat memperbaikinya.

"Bagi peringkat larian pula, suasananya agak terik memandangkan tiada tempat berteduh ataupun pokok. Oleh itu, peserta sedikit khuatir mengenainya memandangkan suhu boleh mencecah 38 darjah Celsius," kata Aldrian.

Rakan sepasukan, Ryan, pula berpendapat: "Kami harus mengawal tahap kepantasan kerana berdasarkan prestasi Sukan Olimpik, ia melibatkan perlumbaan selama dua jam.

"Ia seperti perlumbaan maraton, jadi anda perlu mengambil kira kadar air dan makanan tambahan."