Atlet mendayung negara, Muhammad Khairuddin Azwi, sengaja memberanikan diri dengan meletakkan tekanan besar ke atas diri sendiri untuk memburu tempat dalam separuh akhir acara single sculls bagi memastikan penampilan dalam Sukan Asia 2018 bukanlah sekadar pelengkap jadual.

Sukar untuk mempercayai sasarannya sekalipun ini merupakan penampilan sulung Khairuddin di pentas yang membabitkan pencabar terbaik Asia berdasarkan keyakinan yang disuarakan.

Untuk ke separuh akhir, dia perlu melalui peringkat saringan sebelum ke suku akhir bermula Ahad ini.

Hari pertama latihan bebas menyaksikan Khairuddin memanfaatkan sepenuhnya waktu menguji lapangan perlumbaan di Tasik Kompleks Sukan Jakabaring.

"Setakat ini, ini adalah kejohanan terbesar yang pernah saya sertai dan ia satu peluang berharga untuk saya memperbaiki prestasi.

"Saya menyasarkan untuk meraih kedudukan enam terbaik dalam kalangan lebih 40 peserta yang bertanding.

"Tekanan ketika ini di tahap optimum, namun saya masih boleh menanganinya.

"Saya harap dapat pergi ke separuh akhir, seterusnya ke mara final," katanya.