STL: Perak Bison azam perbaiki kedudukan

By Hairi Yahaya 19 October 2017 1222
STL: Perak Bison azam perbaiki kedudukan
Perak Bison terus mengintai peluang untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Sepak Takraw (STL) dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ) Selangor.

Menurut jurulatih, Ismi Hissan Ismail, sasaran itu realistik dan mampu diwarnakan anak buahnya menjelang perlawanan terakhir pusingan pertama menentang Kuala Lumpur Thunder, malam esok.

"Saya mahu Perak Bison berada di kedudukan terbaik menjelang pusingan kedua nanti.

"Setelah melalui enam perlawanan, kedudukan di antara pasukan di tangga ketiga hingga kelima terikat sama dan hanya dipisahkan oleh perbezaan peratusan mata sahaja," ujarnya.

Walaupun sedar ramai pemain utama tidak cergas sepenuhnya, pengendali Perak itu tetap optimis kemampuan pemain mudanya.

"Mula-mula rasa terjejas juga tetapi setelah pemain ini melalui beberapa siri perlawanan, mereka kian serasi, malah mampu menggalas tanggungjawab yang diberi dengan berkesan."

Sabtu ini, Perak Bison akan membuka tirai perlawanan pusingan kedua menentang penyandang juara, Penang Black Panthers.

About Author

Hairi Yahaya

Comment