Piala Pengetua B-16: SSMT A juara sepak takraw

By Tengku Danish Bahri 13 November 2019 239
Piala Pengetua B-16: SSMT A juara sepak takraw
Regu Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) A menepati sasaran untuk muncul juara kategori utama B-16 acara sepak takraw Piala Pengetua SSMT, hujung minggu lalu.

Gandingan Khairul Aman Rosdi, Shamim Syukri dan Amar Roslan ternyata lebih unggul mengalahkan rakan sepasukan yang mewakili SSMT D, Zukren Zaiqhan Zainuddin, Azree Mohd Zu dan Azib Mohd Zu, 21-17, 21-14.

Selaku juara, regu SSMT A itu membawa pulang trofi, medal dan hadiah wang tunai RM800 manakala SSMT D berpuas hati dengan medal dan RM600.

Tuan rumah turut menguasai kategori B-14 selepas regu C, Kamarul Ezzad Kamarul Imran, Remyrul Amirudin Radzi dan Adam Haris Johari, menang 21-14, 15-21, 15-12, ke atas regu B yang dibarisi Amirul Amir Alwi, Danish Irfan Azman dan Wafi Khairul Akmal.

Trofi, medal dan RM500 menjadi milik juara kategori itu sementara naib juara memenangi medal berserta RM300.

Sementara itu, Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) D pula tidak pulang tangan kosong apabila R. Ezwan, S. Madi dan Mohd Azri Isa mengecewakan regu MSSP B, Bah Elvis, D. Danis dan Taufiq Ikhwan Yusuf 15-12, 15-10.

About Author

Tengku Danish Bahri

Comment