Perak menerapkan modul asas dalam mencapai objektif bagi mencari pemain
berbakat, khususnya dalam sukan sepak takraw, bagi mengisi dan melengkapkan
pasukan yang lebih mantap pada masa hadapan.
Oleh itu, Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
(SPTS), dilihat sebagai langkah permulaan pencarian bakat kerana ia
disertai oleh wakil setiap daerah.
Menurut Pengerusi Teknik Pembangunan Takraw Majlis Sekolah-Sekolah Perak
(MSSP), Mohammad Nasir Abd Rashid, SPTS anjuran Kementerian Pelajaran
adalah platform terbaik mengenal pasti karektor dan bakat dari akar umbi untuk diserapkan ke peringkat lebih tinggi.
"Kami sudah mengenal pasti beberapa pemain berpotensi dari kejohanan ini untuk diserap masuk ke dalam pasukan bawah 15 tahun."
"Untuk rekod kebanyakan pemain yang menyarung jersi negeri kebanyakannya bermula daripada SPTS," kata Mohammad Nasir.
Tahun ini, Perak berjaya menjadi johan antara regu kategori bawah 12 dan 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Lumpur.