Koronavirus: Banyak kejohanan antarabangsa terpaksa dibatalkan -- Ahmad

By Staff Writer 6 February 2020 165
Koronavirus: Banyak kejohanan antarabangsa terpaksa dibatalkan -- Ahmad
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, gusar dengan jumlah kecil penganjuran kejohanan antarabangsa, ditambah dengan isu wabak koronavirus yang semakin membimbangkan.

Ahmad merujuk kepada isu koronavirus yang masih di tahap membimbangkan ketika ini.

Kebetulan skuad negara juga bakal bersaing di pentas antarabangsa dalam dua kejohanan yang berlangsung di China.

Jika isu ini masih belum selesai, kekurangan kejohanan luar negara menjadi kebimbangan PSM tahun ini.

"Kejohanan antarabangsa bagi sepak takraw tidak begitu banyak dan saya berharap kami memiliki dana yang secukupnya untuk menganjurkan kejohanan di Malaysia," kata Ahmad. 

Walaupun kedua-dua kejohanan itu bakal berlangsung Mei depan, beliau sudah ada perancangan sekiranya berlaku pembatalan penganjuran di saat-saat akhir.

Jika mengikut perancangan yang ada, skuad negara bakal terbang ke China untuk Kejohanan Sepak Takraw Asia dan juga piala jemputan Mei depan.

"Kami memiliki program latihan serta perlawanan ujian di Thailand, Korea dan Myanmar. Sebelum ini, kami telah merancang untuk menganjurkan saingan empat penjuru bagi meningkatkan lagi kemampuan skuad negara."




Editor: Ammar Hakim

About Author

Staff Writer

Comment