Wenger akui sukar buat Arsenal huni kelompok empat terbaik

By Staff Writer 3 April 2017
Wenger akui sukar buat Arsenal huni kelompok empat terbaik
ARSENAL 2 MANCHESTER CITY 2

Arsene Wenger mengakui Arsenal menghadapi kesukaran untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik selepas seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.


The Gunners kekal di tangga keenam selepas ketinggalan tujuh mata kepada penghuni tangga keempat, City, walaupun mereka memiliki kelebihan satu perlawanan.

Arsenal masih memiliki 10 lagi perlawanan untuk mendapatkan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah(UCL), dengan Wenger mengakui mereka perlu bekerja keras.

"Sukar untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik," kata Wenger.

"Semua pasukan masih hebat. Saya berasakan Pep Guardiola berkata mereka bagai menjulang gelaran kerana menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik kerana saingan di England sangat sengit. Kami akan terus berjuang.

"Kami perlu elak daripada kehilangan tiga mata, kemudian mengembalikan keyakinan pasukan dan cuba memenangi perlawanan seterusnya."

Pasukan pelawat membuka jaringan pada minit kelima apabila Leroy Sane mudah menampan masuk hantaran jauh Kevin De Bruyne. Arsenal mengikat kedudukan pada minit ke-40 selepas pertahanan City gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Sergio Aguero kembali meletakkan skuad bimbingan Guardiola di hadapan dua minit kemudian sebelum Skhodran Mustafi menyamakan kedudukan buat Arsenal pada separuh masa kedua.

"Kami memulakan perlawanan dengan mentaliti yang salah. Tidak berdisiplin dan dibolosi di awal permainan.

"Tetapi kami berjaya menyerapkan tekanan, sekaligus memberikan tentangan kepada pasukan lawan."

About Author

Staff Writer

Comment