Pengendali Felda United, B. Sathianathan, menganggap pasukannya berada dalam kumpulan seimbang apabila diundi dalam Kumpulan B bersama Perak, PKNS dan Kuala Lumpur bagi saingan Piala Malaysia 2017.

Bagi bekas pengendali kebangsaan itu, Felda perlu mencatat dua atau tiga kemenangan awal di peringkat kumpulan.

Sathianathan percaya hanya permulaan yang baik di peringkat kumpulan mampu mencerahkan laluan mereka ke suku akhir.

“Ya, itu yang saya katakan. Ia banyak bergantung kepada perlawanan pertama,” katanya.

“Hanya kemenangan di peringkat awal yang akan memudahkan laluan kami untuk ke suku akhir,” jelasnya.

Sementara itu, kapten Felda, Shukor Adan, turut bersetuju dengan apa yang disuarakan pengendali itu.

Bagi Shukor, hanya Piala Malaysia yang tinggal untuk Felda rebut dan meraih sekurang-kurangnya meraih satu piala musim ini.

“Dalam Piala Malaysia, memang kami perlu mencatat kemenangan awal dalam mencerahkan laluan ke suku akhir, jadi apa yang jurulatih katakan itu memang tepat,” katanya.