Kecederaan ganggu persediaan PKNP

By Hairi Yahaya 6 April 2018 240
Kecederaan ganggu persediaan PKNP
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menggesa pemain-pemainnya untuk lebih bersedia berhadapan Felda United dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang, esok.

Lebih perit, PKNP berkemungkinan akan hilang tiga pemain utama akibat kecederaan.

"Anzite Franklin, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Mohamad Hafiz Ramdan tidak begitu cergas kerana kecederaan. Agak membimbangkan tetapi saya yakin dengan pemain yang bakal diturunkan," ujar Abu Bakar.

Bagi pengendali itu, Felda adalah pasukan yang lengkap di semua posisi di samping dibarisi pemain berkaliber dan berpengalaman.

"Pemain-pemain telah diingatkan akan tanggungjawab, iaitu perlu sentiasa fokus kerana sedikit kealpaan akan pasti dihukum pasukan pelawat. Felda pasukan yang hampir sempurna di semua posisi dan dianggap salah satu pasukan pilihan.

"Namun kami akan tetap terus bersaing dan memberi tekanan. Diharapkan pasukan dapat memberi persembahan terbaik untuk mengekang asakan Felda," ujarnya.

About Author

Hairi Yahaya

Comment