Felda buat PKNP gigit jari

By Staff Writer 7 April 2018 1264
Felda buat PKNP gigit jari
PKNP FC gagal menggunakan kesempatan di laman sendiri apabila tewas 1-0 di tangan Felda United dalam aksi pertama suku akhir Piala FA 2018 di Stadium Batu Kawan, sebentar tadi.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh penyerang import, Thiago Augusto Fernandes, pada minit ke-50, sekali gus memberikan sedikit kelebihan buat Felda menjelang aksi timbal balik di tempat sendiri.

Kedua-dua pasukan akan bertemu semula di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 20 April ini.

Empat lagi pasukan bakal berentap malam ini bagi aksi lain suku akhir, dengan Kuala Lumpur bakal melayan kunjungan Selangor di Cheras sementara PKNS FC menentang Perak di Stadium Shah Alam.


Kredit foto: Facebook PKNP FC

About Author

Staff Writer

Comment