Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, berharap semua pasukan dapat memberikan persembahan terbaik dalam misi meningkatkan kualiti Liga Malaysia (Liga-M).

Menjelang sepak mula Liga-M 2019, rata-rata pasukan tampil dengan buku baru untuk memberikan persaingan terbaik.

Menurut Yusoff, FAM akan terus memberi sokongan terhadap pembaharuan yang dilaksanakan pasukan yang bertanding selain terus memantau setiap aspek supaya kualiti Liga-M dapat dipertingkatkan.

Selain itu, dengan kecemerlangan liga, Yusoff ingin melahirkan barisan pemain yang bermutu tinggi untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

"Tranformasi (yang diperkenalkan) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ini bertujuan untuk meningkatkan Liga-M selaras dengan hasrat untuk melahirkan pemain-pemain berkualiti pada masa akan datang.

"Ia satu perubahan yang amat positif dan saya berharap ia mampu menjurus kepada kejayaan pasukan negara," kata Yusoff ketika ditemui ketika pelancaran Liga-M 2019 dengan MFL melancarkan logo baru untuk musim ini.