Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, akan membawa skuad kendaliannya ke Lembah Klang bagi aksi persahabatan selepas dua perlawanan Liga Super ditunda ke bulan depan.

Menurut Irfan, TFC akan bertemu UiTM di Shah Alam, esok sebelum menguji MISC-MIFA di Stadium Merdeka pada Ahad ini.

Program itu, katanya, bukan rancangan asal, namun diperlukan bagi mengekalkan kecergasan dan
keserasian pasukan selain memenuhi jadual latihan.

“Dua aksi liga bertemu PKNP (31 Mac) dan Kuala Lumpur (4 April) telah ditunda yang memaksa kami
merombak semula persiapan pasukan.

“Sebaik sahaja pulang dari ibu kota, dua lagi perlawanan persahabatan akan diatur,” jelasnya.

Irfan begitupun sedikit lega dengan penundaan tersebut kerana ketiadaan pemain kebangsaan
Kemboja, Thierry Chantha Bin, sehingga 30 Mac serta Igor Zonjic yang pulang ke Serbia.

“Saya harap pemain-pemain kembali bersemangat sebaik Liga Super bersambung dan melupakan
episod pahit dua aksi sebelum ini,” tambah Irfan.