Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) melantik bekas pemain kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 43, sebagai setiausaha kehormat yang baru dan pengurus skuad Bos Gaurus berkuat kuasa 1 Julai ini.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Shahrul menggantikan Datuk Jamal Mohd Aris yang mengosongkan jawatan itu 11 Mei lalu.

Bekas ketua pasukan bola sepak Perak ini pernah menyandang jawatan penolong pengurus pada tahun 2013 dan pada tahun ini, bertugas sebagai penolong jurulatih Felda United FC dalam saingan Liga
Super.