Jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, kecewa situasi bola mati sekali lagi menghukum pasukannya daripada meraih kemenangan ketika menentang Melaka dalam Liga Perdana malam tadi walaupun beliau telah bekerja keras memperbaiki kelemahan itu semasa sesi latihan.

Malah, beliau menganggap barisan pemainnya menolak peluang untuk mendaki ke tangga ketiga Liga Super jika berjaya membawa pulang tiga mata, namun perlawanan itu berkesudahan 1-1.

"Kami beritahu pemain, kami tunjuk kepada pemain dan dalam situasi ini, saya fikir ia merugikan. Kalau mendapat tiga mata, kami boleh mengukuhkan lagi tempat teratas dan keyakinan pemain," kata Rajagobal.

Dalam aksi di Stadium Hang Jebat semalam, Melaka membuka tirai jaringan menerusi Jeon Woo-young pada minit ke-15 sebelum Jafri Firdaus Chew menyamakan kedudukan dua minit sebelum babak pertama tamat.