The Bos Gaurus yakin akan kembali ke Liga Super dengan angin baru setelah berehat hampir sebulan.

Menurut ketua pasukan, Mohd Shahrom Kalam, kini kerasian di antara pemain serta jurulatih makin dirasai.

"Saya lihat jentera pertahanan, tengah dan serangan dapat berkomunikasi dengan baik. Ini tanda positif untuk pasukan.

"Lagi satu, semua rakan pemain berusaha untuk memberikan persembahan terbaik kerana saingan merebut kesebelasan utama dalam kem Perak sengit," katanya.

Menyentuh misi ketua jurulatih Mehmet Durakovic, Shahrom berkata, "Saya yakin Mehmet ada ramuan kejayaan tersendiri. Saya pernah bersamanya dalam kancah 2014 dan 2015".

Sejak Mehmet mengambil alih tugas, Perak sekadar mencatat satu kemenangan ketika menentang Selangor, seri dengan Felda dan tewas kepada Kelantan.

Perak akan menyambung kempen Liga Super menentang T-Team 8 April ini.