NEGERI SEMBILAN 3 SELANGOR 1

Negeri Sembilan mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri apabila menundukkan Selangor 3-1 walaupun menyedari telahpun tersingkir daripada Liga Super.


Sedar jurang mata terlalu besar untuk dikurangkan, Negeri Sembilan akur mereka akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan namun itu tidak melenturkan harapan mereka dalam pertemuan dengan Selangor.

Aksi rancak sebaik perlawanan dimulakan, Negeri Sembilan memberi saingan hebat dan berjaya menembusi gawang Selangor Nicolas Velez membuka tirai jaringan pada minit ke-13.

Selangor tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rufino Segovia seminit selepas perlawanan bersambung.

Asakan demi asakan dilancarkan kedua-dua pasukan tetapi anak buah Mario Lemos kembali mendahului perlawanan menerusi jaringan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Flavio Beck pada minit ke-17 apabila bola terkena tangan A. Namathevan.

Selangor yang bergelut sejak dua perlawanan lalu berusaha untuk bangkit dalam perlawanan bagaimanapun gagal melakukannya dan Velez menggunakan peluang sebaik mungkin untuk meledak jaringan ketiga Negeri Sembilan sekaligus memenangi perlawanan ini.

Keputusan lain:

KUALA LUMPUR 1 PERAK 5

MELAKA 2 PAHANG 2

PKNP 0 PKNS 1

Imej: Asiana