“Kontrak saya bulan Ogos dah tamat, saya rasa kalau Melaka United mahukan saya, pada awal lagi mereka menawarkan kontrak. Sudah tentu mereka ada perancangan mereka untuk membentuk pasukan yang lebih kuat untuk Liga Super tahun hadapan”.

Itulah kata-kata jurulatih Melaka United, Mat Zan Mat Aris, apabila ditanya status beliau bersama Melaka United untuk musim Liga Super 2017.

Sesudah dua tahun mengemudi Melaka United dengan penuh cemerlang, nasibnya hanya akan ditentukan oleh pengurusan tertinggi Melaka United.

Keputusan senarai kejurulatihan dan pemain untuk Liga Super dijangka diketahui dalam bulan ini juga.

Mat Zan menyatakan jika ada tawaran dari pasukan lain yang lebih mencabar, beliau akan segera memikirkannya.

Beliau sempat mengucap selamat berjaya buat Melaka United untuk Liga Super 2017.