MELAKA 1 KEDAH 0

Melaka menamatkan kemara lima perlawanan tanpa kemenangan dengan membenam Kedah 1-0 di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.


Gol daripada Anselmo Casagrande dalam babak kedua sudah cukup untuk skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu meraih kemenangan pertama selepas kali terakhir melakukannya ke atas Kuala Lumpur, 3 Mac lalu.

Melaka sebelum ini tewas tiga kali dan seri sekali dalam saingan Liga Super selain disingkirkan PKNS FC dalam pusingan kedua Piala FA.

Bagaimanapun, skuad Hang Tuah itu mengetepikan saingan gergasi utara tanah air, Kedah, untuk menamatkan igauan ngeri tersebut.

Kedua-dua pasukan bergelut untuk mencari jaringan sepanjang separuh masa pertama dengan tiada sebarang percubaan berbahaya terhasil.

Namun, perlawanan kian rancak dalam babak berikutnya apabila Cassagrande memecah kebuntuan dengan menanduk masuk bola sepakan penjuru Safiq Rahim pada minit ke-48.

Jaringan kedua Casagrande sepanjang musim ini itu menambahkan semangat Melaka untuk terus memburu jaringan dengan kemasukan pemain gantian, Nazrin Nawi, hampir mencetuskan jaringan kedua, namun sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim.

Kedah cuba menyamakan kedudukan, namun ketumpulan barisan penyerang menyaksikan keputusan kekal memihak pasukan tuan rumah.

KEPUTUSAN LIGA PERDANA:
SARAWAK 0 UITM FC 2