Mehmet yakin Perak jumpa sentuhan

By Hairi Yahaya 24 April 2017 806
Mehmet yakin Perak jumpa sentuhan
Pengendali The Bos Gaurus (TBG), Mehmet Durakovic, yakin pasukannya mampu menghasilkan momentum positif menjelang pertemuan dengan gergasi utara, Kedah, dalam saingan Liga Super di Ipoh, Rabu ini.

Menurut Mehmet, sejak mengendali Perak, beliau melihat TBG mampu mengutip mata, terutama di tempat lawan, walaupun mengakui beliau masih mencari formula menyuntik elemen terbaik di setiap posisi.
 
"Pasukan masih mencuri mata, masih relevan dalam kedudukan liga. Oleh itu, saya yakin Perak mampu bersaing.

"Jika di Sarawak, pasukan saya boleh menjaringkan tiga gol dan itu bukan satu perkara mudah. Itu petanda pemain masih berjuang. 

"Malangnya, kesilapan membuatkan gawang dibolosi dengan mudah. Dalam bola sepak, kesilapan mudah mampu menghukum", tambahnya.

Dalam masa yang sama, Mehmet mempunyai percaturannya. Jika menang di laman sendiri dan seri di tempat lawan, tidak mustahil Perak antara pasukan terbaik dalam kedudukan liga.

"Ini keluarga saya (Perak).  Kami tidak sesekali turun untuk kalah.  Saya harap peminat TBG begitu juga," jelas Mehmet.

Perlawanan Rabu ini menyaksikan kunjungan kali kedua skuad Helang Merah dalam masa seminggu ke Ipoh. Mereka (Kedah) tewas 1-0 dengan PKNP FC dalam saingan suku akhir kedua Piala FA tetapi mara ke peringkat seterusnya dengan agregat 6-2.

About Author

Hairi Yahaya

Comment