Da Sylva tepis tekanan ganti Tchetche

By Tengku Danish Bahri 5 December 2019 4624
Da Sylva tepis tekanan ganti Tchetche
Penyerang import Terengganu FC (TFC), Dominique Da Sylva, enggan terus dibayangi bekas tonggak pasukan itu, Kipre Tchetche, menjelang musim 2020.

Menurut Da Sylva, 30, dia mahu fokus dengan tugasnya menyesuaikan diri bersama skuad bimbingan Mohd Nafuzi Zain itu tanpa mahu memikirkan tekanan atau sasaran.

Mengakui tiada gambaran mengenai liga tempatan, Da Sylva berkata dia gembira memilih pasukan yang tepat untuk berhijrah selepas berkelana di Mesir, Cyprus dan Vietnam.

"Saya bukan datang untuk menggantikan sesiapa atau akan mengubah gaya permainan seperti pemain terdahulu.

"Dia (Tchetche) pemain yang bagus tapi saya hanya akan beraksi mengikut apa yang diarahkan jurulatih," katanya selepas sesi latihan sulung bersama TFC hari ini.

About Author

Tengku Danish Bahri

Comment